Cara-cara mengekalkan kesihatan gigi semasa Hari Raya

Perayaan Hari Raya adalah masa yang baik untuk ahli keluarga meraikan bersama-sama. Selain daripada makanan tradisional, gula-gula dan minuman yang manis boleh senang didapati di mana-mana sahaja. Sebelum anda risau kerosakan gigi dan kesihatan badan, marilah sama sama rujuk tips berikut yang boleh menjaga kesihatan mulut dan membolehkan anda mengekalkan nafas yang segar dan gigi yang bersih sepanjang Hari Raya Aidilfitri ini!

1. Kurangkan makanan/ kuih yang bergula, senang lekat gigi, dan berlemak

Makanan yang bergula tinggi seperti biskut atau makanan goreng, bukan saja berkandungan lemak yang tinggi, tapi ia juga akan menyebabkan pengumpulan plak yang banyak dan merosakan gigi anda jika anda tidak memberi perhatian kepada kebersihan mulut selepas makan makanan tersebut.

Hadkan pengambilan makanan yang manis dan berlemak seperti dodol, kerana makanan ini akan kekal di dalam mulut, dan mudah untuk mengalami hakisan asid gigi. Makanan yang tinggi kandungan garam seperti kerepek juga perlu dihadkan.

Cuba untuk memilih makanan ringan yang tidak akan melekat gigi. Jika anda tidak boleh mengelakkan makanan atau makanan ringan, sila ingat berkumur mulut selepas makan dengan secawan air bersih.

 

2. Makan lebih buah-buahan

Buah-buahan segar bukan sahaja mengandungi banyak serat dan antioksidan, ia juga adalah pengganti yang baik untuk makanan bergula, berlemak tinggi. Pilihlah buah-buahan segar sebagai snek atau pencuci mulut. Bila menghidangkan tetamu, hidangkanlah buah-buahan pada setiap waktu makan sebagai pencuci mulut.

 

3. Kurangkan minuman asid berkarbonat (Minuman Bergas)

Minuman acid berkarbonat/ bergas seperti Coca-cola, Pepsi, F&N juices perlu dielakan. Jika anda tidak dapat mengelakannya,   sila ingat untuk menghadkan diri anda atau anak anak anda supaya minum tidak melebihi daripada satu hari cawan. Untuk minuman ringan, gunakan paip sedutan (Straw) untuk minum, ini boleh mengurangkan masa minuman berasid terkena pada permukaan gigi dan mengurangkan kerosakan gigi. Ini hanya boleh mengurangkan risiko kerosakan gigi, tapi untuk melindungi gigi anda dengan sepenuhnya, ia adalah yang terbaik untuk mengatakan "TIDAK" kepada minuman soda/ bergas. Selepas minum minuman beracid, anda tidak dinasihat berus gigi dalam masa 30 minit. Ini adalah untuk memberi masa untuk gigi kita neutralkan acid dalam mulut dan proses membaiki kesan kehausan gigi.

ASKDENT Tips 4:  Minum Air Kosong

Anda perlu minum banyak air kosong dalam musim raya. Air kosong bukan sahaja memulihkan kandungan air dalam badan, tetapi ia juga berfungsi untuk mengurangkan kerosakan gigi. Air kosong membantu kita mencuci bakteria sisa di dalam mulut. Jika sisa bakteria ini tidak dicucikan selalu, bakteria ini akan membiak cepat dengan kehadiran gula yang dibekalkan kepadanya. Air minuman kosong juga boleh menghalang kesan pigmen pigmen warna dari makanan, snek atau minuman pada gigi yang boleh menjadikan gigi berwarna kuning.  

ASKDENT Tips 5: Teh Hijau

Jika anda mahu minum minuman, anda boleh cuba dan teh hijau. Teh hijau mengandungi antioksida dan Fluoride semulajadi yang merupakan mineral yang penting dalam proses membaiki gigi, ini membolehkan hakisan yang baru sahaja terjadi dibentuk balik semula dentin-mineral.

ASKDENT Tips 6: Chewing gum ( gula gula getah) yang mengandungi XYLITOL

Anda boleh beli gula-gula getah dan letaknya di dalam kereta. Setiap kali selepas anda mengunjungi rumah rakan-rakan atau saudara mara, anda boleh kunyah gula getah. Ia membantu membersihkan sisa sisa makanan yang tertinggal di dalam mulut, dan juga menambahkan pengeluaran air liur yang boleh membantu membaiki gigi. Silah ingat untuk memilih pembelian gusi XYLITOL. Ini bukan sahaja mengurangkan pengambilan gula, tetapi juga untuk mengelakkan kerosakan gigi.

ASKDENT Tips 7: Berkumur-kumur selepas makan

Selepas anda menikmati makanan atau kuih-muih, anda perlu ingat untuk berkumur-kumur dengan air biasa. Walaupun ini tidak boleh membersihkan mulut sepenuhnya, tetapi ia boleh mengurangkan masa yang sisa makanan, dan keasidan sisa makanan yang dihasilkan. Ini boleh  mengelakkan hakisan gigi dan kerosakan gigi.

ASKDENT Tips 8: Jangan Lupa Berus GIGI

Jika anda berparti dengan saudara-mara dan rakan-rakan sehingga melarut malam, jangan lupa berus gigi. Anda perlu berus gigi supaya sisa makanan yang telah berkumpul sehari boleh dibersihkan.

Salam Dari AskDentistMY:

Gigi Sihat Bersinar menyambut Hari Raya.

 Share this and Selamat Hari Raya Aidilfitri. 

 

Artikel ini disumbangkan oleh Dr Tee Kang Long. Disunting oleh Dr Koh Wen Thong. “27 Jun 2016”

Status Kesihatan Badan dan Rawatan Pergigian

Adakah rawatan pergigian mampu membunuh?

Tahukah anda pentingya status kesihatan badan anda dengan rawatan pergigian? Apabila pesakit ditanya mengenai status kesihatan, berapa ramaikah yang memberitahu secara jujur kepada doktor gigi. Mengapa doktor gigi perlu tahu samada pesakit pernah dimasukkan ke hospital, jenis ubatan yang diambil, alahan kepada ubat-ubatan dan masalah kesihatan yang lain ?  

Screen Shot 2016-06-06 at 1.43.07 AM.png

Mungkin ramai yang mengambil mudah mengenai rawatan pergigian. Sebahagian orang mungkin fikir rawatan pergigian merupakan prosedur yang simpledan mudah. Ia tidaklah semudah yang anda fikirkan.

Kebanyakan rawatan pergigian dijalankan tanpa menimbulkan banyak komplikasi. Walaubagaimanapun, dalam banyak perkara, status kesihatan mampu mempengaruhi cara rawatan itu diberikan dan ia memerlukan beberapa pengubahsuaian bagi mengelakkan komplikasi yang tidak diingini. Apa yang kelihatan kecil boleh menjadi besar jika tidak ditangani dengan baik. Doktor gigi telah dilatih memberikan rawatan yang terbaikdengan kaedah yang selamat.

Banyak status kesihatan, daripada masalah jantung kepada alahan, walaupun ubat-ubatan tertentu, boleh memberi kesan kepada cara doktor gigi anda perlu mendekati penjagaan anda.

Berikut adalah beberapa contoh.

1.    Dalam prosedur rawatan pergigian yang melibatkan pendarahan, penting bagi doktor gigi mengetahui sama ada pesakit mengalami masalah darah lambat membeku. Masalah ini dipengaruhi oleh banyak keadaan seperti masalah hati liver disease, pengambilan ubatan seperti aspirin, warfarin(sekadar beberapa contoh) dan ubat herba sampingan yang lain. Jika tiada langkah berjaga-jaga diambil, pendarahan tanpa henti boleh mengancam nyawa.

 UBATAN SEPERTI ASPIRIN, WARFARIN DAN JUGA BEBERAPA SUPPLEMENT HERBA GINGKO BOLEH MENGGANGGU PEMBEKUAN DARAH YANG NORMAL. SILA MAKLUMKAN KEPADA DOKTOR GIGI ANDA JIKA ANDA ADA MENGAMBIL UBATAN INI SEBELUM RAWATAN PERGIGIAN DIMULAKAN.

UBATAN SEPERTI ASPIRIN, WARFARIN DAN JUGA BEBERAPA SUPPLEMENT HERBA GINGKO BOLEH MENGGANGGU PEMBEKUAN DARAH YANG NORMAL. SILA MAKLUMKAN KEPADA DOKTOR GIGI ANDA JIKA ANDA ADA MENGAMBIL UBATAN INI SEBELUM RAWATAN PERGIGIAN DIMULAKAN.

2. Serangan asma boleh berlaku disebabkan tekanan persekitaran di klinik pergigian dan ini juga boleh mengancam nyawa.

3. Sistem imun yang sihat penting bagi membantu melawan jangkitan. Beberapa penyakit seperti diabetes dan beberapa ubatan seperti steroid boleh mengurangkan keberkesanan sistem imun badan. Jika anda gagal untuk maklumkan kepada doktor gigi anda akan hal ini,  jangkitan selepas pembedahan kecil dan cabutan gigi mungkin berlaku.

   Sesetengah pesakit perlu mengambil antibiotik sebelum rawatan pergigian sebagai pencegahan awal daripada jangkitan. Sebagai contoh, pesakit dengan injap jantung tiruan (prosthetic heart valve) atau pinggul dan lutut tiruan.  

·        

Melihatkan beberapa contoh di atas, maka adalah sangat penting untuk doktor gigi untuk mengetahui sebanyak mungkin mengenai status kesihatan pesakit yang kini dan yang lalu. Segala butiran ini perlu direkod dan dikemaskini dari masa ke semasa. Jangan malu untuk memberitahu dan jangan merahsiakannya daripada pengetahuan doktor gigi anda. Rahsia’ yang anda simpan ini mungkin boleh mengancam nyawa anda.    

Semua maklumat mengenai status kesihatan akan disimpan dengan baik dan tidak akan dikongsi kepada umum tanpa kebenaran pesakit. Wujud keadaan dimana doktor gigi akan berbincang dengan doktor perubatan  untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan kesihatan anda. Jika keadaan ini diperlukan, doktor gigi akan maklumkan dengan anda terlebih dahulu. 

Seperti yang anda lihat, kesihatan badan dan kesihatan gigi mempunyai perkaitan. Anda dan doktor gigi perlu bersama-sama dalam memberikan rawatan yang terbaik. Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan boleh terus bertanya kepada doktor gigi anda untuk penerangan lanjut.

Kesimpulannya, adakah status kesihatan badan dan rawatan pergigian berkaitan penting? Ya, Kebanyakan insiden yang membahaya boleh dielakkan jika doktor gigi anda mengetahui status kesihatan anda dan mengambil langkah berjaga-jaga semasa rawatan dijalankan. Mereka mungkin akan hantar anda ke hospital untuk prosedur yang dijangkakan merbahaya jika dilakukan di klinik. 

Q: Batalkah puasa jika pesakit menjalani rawatan gigi?


Encik Q: Batalkah puasa jika pesakit menjalani rawatan gigi? Sebagai contoh cucian scaling gigi, menampal gigi, rawatan kanal akar atau mencabut gigi dan tertelan air liur sendiri yang bercampur dengan air cucian gigi?
 

Cucian scaling gigi, menampal menerima rawatan salur akar dan mencabut gigi pada siang hari dalam bulan Ramadan hukumnya adalah dibenarkan, tetapi boleh membatalkan puasa sekiranya tertelan darah dan bahan rawatan bersama air liur.

Sekiranya rawatan gigi dapat ditangguhkan ke malam hari tanpa sebarang kemudaratan, maka itu lebih afdal bagi mengelakkan tertelan bahan rawatan yang boleh membatalkan puasa. Doktor gigi boleh merancang merawat pesakit yang tidak boleh berpuasa(bagi wanita yang uzur yakni berada dalam haid atau nifas), atau merawat selepas waktu berbuka puasa atau menangguh rawatan hingga selesai bulan Ramadan jika terdaya.

Namun, jika penangguhan boleh membawa kemudaratan seperti sakit yang melampau, maka diharuskan merawatnya.

Tetapi, dengan syarat semasa rawatan gigi dibuat, pesakit tidak menela atau meminum campuran air rawatan.

Sekiranya ia minum dengan sengaja seperti minum air untuk menelan ubatmaka puasanya terbatal. Jika pesakit tidak dapat menahan diri daripada tertelan sesuatu semasa rawatan, maka ia harus berbuka puasa atas dasar darurat atau sakit. Seperti firman Allah,

Ertinya:” Sesiapa dalam keadaan sakit atau musafir(harus baginya berbuka puasa), maka diganti pada hari lain.” (Surah al- Baqarah 2:185)
 Cucian scaling adalah salah satu rawatan bukan surgikal(pembedahan) bagi merawat penyakit gusi(gingivitis dan periodontitis).

Cucian scaling adalah salah satu rawatan bukan surgikal(pembedahan) bagi merawat penyakit gusi(gingivitis dan periodontitis).

Dari segi pergigian, terdapat pelbagai cara untuk seseorang pengamal pergigian berikhtiar untuk membantu pesakit mengelak daripada tertelan air liur yang bercampur dengan air cucian tersebut. Cucian scaling adalah salah satu rawatan bukan surgikal(pembedahan)bagi merawat penyakit gusi(gingivitis dan periodontitis). Prosedur ini membolehkan karang gigi dikikis dari permukaan gigi dan akar menggunakan alat "ultrasonic".

 

 Alatan ultrasonik yang digunakan semasa cucian scaling gigi.

Alatan ultrasonik yang digunakan semasa cucian scaling gigi.

Alat ini berfungsi dengan penghasilan getaran yang dijana oleh angin "turbine" selaju 25000 hingga 40000 Hertz. Getaran ini mampu untuk membuang karang gigi dan kesan-kesan tanda hitam pada permukaan gigi. Pancutan air adalah diperlukan untuk mengelakkan "tip" ultrasonik menjadi terlalu panas.

Semasa cucian scaling, air pancutan daripada alat ultrasonik yang bercampur air luiur dan darah akan terhasil bergantung kepada tebalnya karang gigi dan keadaan keradangan gusi tersebut. Dalam waktu yang sama, campuran air tersebut akan disedut keluar oleh alat penyedut air liur berkuasa tinggi(high volume suction) agar pesakit tidak menelan air tersebut. Alat penyedut yang sama ini juga digunakan semasa rawatantampalan gigi. Selain daripada menggunakan alat ultrasonic, karang gigi juga boleh dikikis dari permukaan gigi secara manual dengan menggunakan peralatan tangan yang tidak memerlukan pancutan air.

 

Langkah lain, adalah wajar bagi pengamal pergigian menggunakan empangan getah tatkala memberikan rawatan tampal atau rawatan kanal akar bagi mengelakkan air memasuki kerongkong.

 Empangan getah yang digunakan semasa tampalan ataupun rawatan akar.

Empangan getah yang digunakan semasa tampalan ataupun rawatan akar.

Islam merupakan agama yang amat bertoleransi dan memerintah umatnya melaksanakan setiap suruhan mengikut kadar kemampuan.

Q: Batalkah puasa sekiranya menggosok gigi pada siang hari di bulan puasa?

 

            Ulama berselisih pendapat mengenai hukum menggosok gigi atau bersiwak pada siang hari bagi mereka yang berpuasa.

 bersiwak menggunakan miswak(kayu sugi).

bersiwak menggunakan miswak(kayu sugi).

Terdapat sebahagian ulama Syafi'i yang masyhur serta Hambali membenarkan bersiwak bagi seorang yang berpuasa setelah lewat tengah hari, sama ada dengan menggunakan siwak kering atau basah berdasarkan hadis Abu Hurairah daripada Nabi yang bersabda yang bermaksud,

“Demi Tuhan yang Muhammad dalam kekuasaan-Nya, sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kianat nanti daripada bau minyak kasturi”
— (Riwayat Muslim)
 Memberus gigi dengan berus biasa sama seperti bersiwak sekiranya cara yang betul digunakan.

Memberus gigi dengan berus biasa sama seperti bersiwak sekiranya cara yang betul digunakan.

Namun para ulama Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa tidak mengapa bagi seorang yang berpuasa bersiwak di sepanjang siang sama ada sebelum mahupun setelah lewat tengah hari berdasarkan pelbagai hadis tentang keutamaan bersiwak antaranya daripada Abdullah ibn Amir ibn Rabi'ah daripada bapanya,

Ertinya: “Aku pernah melihat Nabi bersiwak beberapa kali hingga tidak dapat kuhitung banyaknya, meskipun saat itu Baginda sedang berpuasa.”
— (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Jadi, pendapat yang kuat daripada kedua-dua pendapat di atas adalah tidak dibenarkan bagi seorang yang berpuasa bersiwak di sepanjang siang hari bulan Ramadan dengan syarat tidak ada sesuatu daripada air, darah atau seumpamanya tertelan dan masuk ke dalam perut.

 

 

Rujukan: Tanyalah pakar tentang Fiqh Pergigian. Dr Wan Noorina, Dr Nik Salida Suhaila, Dr Wan Abdul Fattah.