Q: Batalkah puasa jika pesakit menjalani rawatan gigi?


Encik Q: Batalkah puasa jika pesakit menjalani rawatan gigi? Sebagai contoh cucian scaling gigi, menampal gigi, rawatan kanal akar atau mencabut gigi dan tertelan air liur sendiri yang bercampur dengan air cucian gigi?
 

Cucian scaling gigi, menampal menerima rawatan salur akar dan mencabut gigi pada siang hari dalam bulan Ramadan hukumnya adalah dibenarkan, tetapi boleh membatalkan puasa sekiranya tertelan darah dan bahan rawatan bersama air liur.

Sekiranya rawatan gigi dapat ditangguhkan ke malam hari tanpa sebarang kemudaratan, maka itu lebih afdal bagi mengelakkan tertelan bahan rawatan yang boleh membatalkan puasa. Doktor gigi boleh merancang merawat pesakit yang tidak boleh berpuasa(bagi wanita yang uzur yakni berada dalam haid atau nifas), atau merawat selepas waktu berbuka puasa atau menangguh rawatan hingga selesai bulan Ramadan jika terdaya.

Namun, jika penangguhan boleh membawa kemudaratan seperti sakit yang melampau, maka diharuskan merawatnya.

Tetapi, dengan syarat semasa rawatan gigi dibuat, pesakit tidak menela atau meminum campuran air rawatan.

Sekiranya ia minum dengan sengaja seperti minum air untuk menelan ubatmaka puasanya terbatal. Jika pesakit tidak dapat menahan diri daripada tertelan sesuatu semasa rawatan, maka ia harus berbuka puasa atas dasar darurat atau sakit. Seperti firman Allah,

Ertinya:” Sesiapa dalam keadaan sakit atau musafir(harus baginya berbuka puasa), maka diganti pada hari lain.” (Surah al- Baqarah 2:185)
 Cucian scaling adalah salah satu rawatan bukan surgikal(pembedahan) bagi merawat penyakit gusi(gingivitis dan periodontitis).

Cucian scaling adalah salah satu rawatan bukan surgikal(pembedahan) bagi merawat penyakit gusi(gingivitis dan periodontitis).

Dari segi pergigian, terdapat pelbagai cara untuk seseorang pengamal pergigian berikhtiar untuk membantu pesakit mengelak daripada tertelan air liur yang bercampur dengan air cucian tersebut. Cucian scaling adalah salah satu rawatan bukan surgikal(pembedahan)bagi merawat penyakit gusi(gingivitis dan periodontitis). Prosedur ini membolehkan karang gigi dikikis dari permukaan gigi dan akar menggunakan alat "ultrasonic".

 

 Alatan ultrasonik yang digunakan semasa cucian scaling gigi.

Alatan ultrasonik yang digunakan semasa cucian scaling gigi.

Alat ini berfungsi dengan penghasilan getaran yang dijana oleh angin "turbine" selaju 25000 hingga 40000 Hertz. Getaran ini mampu untuk membuang karang gigi dan kesan-kesan tanda hitam pada permukaan gigi. Pancutan air adalah diperlukan untuk mengelakkan "tip" ultrasonik menjadi terlalu panas.

Semasa cucian scaling, air pancutan daripada alat ultrasonik yang bercampur air luiur dan darah akan terhasil bergantung kepada tebalnya karang gigi dan keadaan keradangan gusi tersebut. Dalam waktu yang sama, campuran air tersebut akan disedut keluar oleh alat penyedut air liur berkuasa tinggi(high volume suction) agar pesakit tidak menelan air tersebut. Alat penyedut yang sama ini juga digunakan semasa rawatantampalan gigi. Selain daripada menggunakan alat ultrasonic, karang gigi juga boleh dikikis dari permukaan gigi secara manual dengan menggunakan peralatan tangan yang tidak memerlukan pancutan air.

 

Langkah lain, adalah wajar bagi pengamal pergigian menggunakan empangan getah tatkala memberikan rawatan tampal atau rawatan kanal akar bagi mengelakkan air memasuki kerongkong.

 Empangan getah yang digunakan semasa tampalan ataupun rawatan akar.

Empangan getah yang digunakan semasa tampalan ataupun rawatan akar.

Islam merupakan agama yang amat bertoleransi dan memerintah umatnya melaksanakan setiap suruhan mengikut kadar kemampuan.