Status Kesihatan Badan dan Rawatan Pergigian

Adakah rawatan pergigian mampu membunuh?

Tahukah anda pentingya status kesihatan badan anda dengan rawatan pergigian? Apabila pesakit ditanya mengenai status kesihatan, berapa ramaikah yang memberitahu secara jujur kepada doktor gigi. Mengapa doktor gigi perlu tahu samada pesakit pernah dimasukkan ke hospital, jenis ubatan yang diambil, alahan kepada ubat-ubatan dan masalah kesihatan yang lain ?  

Screen Shot 2016-06-06 at 1.43.07 AM.png

Mungkin ramai yang mengambil mudah mengenai rawatan pergigian. Sebahagian orang mungkin fikir rawatan pergigian merupakan prosedur yang simpledan mudah. Ia tidaklah semudah yang anda fikirkan.

Kebanyakan rawatan pergigian dijalankan tanpa menimbulkan banyak komplikasi. Walaubagaimanapun, dalam banyak perkara, status kesihatan mampu mempengaruhi cara rawatan itu diberikan dan ia memerlukan beberapa pengubahsuaian bagi mengelakkan komplikasi yang tidak diingini. Apa yang kelihatan kecil boleh menjadi besar jika tidak ditangani dengan baik. Doktor gigi telah dilatih memberikan rawatan yang terbaikdengan kaedah yang selamat.

Banyak status kesihatan, daripada masalah jantung kepada alahan, walaupun ubat-ubatan tertentu, boleh memberi kesan kepada cara doktor gigi anda perlu mendekati penjagaan anda.

Berikut adalah beberapa contoh.

1.    Dalam prosedur rawatan pergigian yang melibatkan pendarahan, penting bagi doktor gigi mengetahui sama ada pesakit mengalami masalah darah lambat membeku. Masalah ini dipengaruhi oleh banyak keadaan seperti masalah hati liver disease, pengambilan ubatan seperti aspirin, warfarin(sekadar beberapa contoh) dan ubat herba sampingan yang lain. Jika tiada langkah berjaga-jaga diambil, pendarahan tanpa henti boleh mengancam nyawa.

 UBATAN SEPERTI ASPIRIN, WARFARIN DAN JUGA BEBERAPA SUPPLEMENT HERBA GINGKO BOLEH MENGGANGGU PEMBEKUAN DARAH YANG NORMAL. SILA MAKLUMKAN KEPADA DOKTOR GIGI ANDA JIKA ANDA ADA MENGAMBIL UBATAN INI SEBELUM RAWATAN PERGIGIAN DIMULAKAN.

UBATAN SEPERTI ASPIRIN, WARFARIN DAN JUGA BEBERAPA SUPPLEMENT HERBA GINGKO BOLEH MENGGANGGU PEMBEKUAN DARAH YANG NORMAL. SILA MAKLUMKAN KEPADA DOKTOR GIGI ANDA JIKA ANDA ADA MENGAMBIL UBATAN INI SEBELUM RAWATAN PERGIGIAN DIMULAKAN.

2. Serangan asma boleh berlaku disebabkan tekanan persekitaran di klinik pergigian dan ini juga boleh mengancam nyawa.

3. Sistem imun yang sihat penting bagi membantu melawan jangkitan. Beberapa penyakit seperti diabetes dan beberapa ubatan seperti steroid boleh mengurangkan keberkesanan sistem imun badan. Jika anda gagal untuk maklumkan kepada doktor gigi anda akan hal ini,  jangkitan selepas pembedahan kecil dan cabutan gigi mungkin berlaku.

   Sesetengah pesakit perlu mengambil antibiotik sebelum rawatan pergigian sebagai pencegahan awal daripada jangkitan. Sebagai contoh, pesakit dengan injap jantung tiruan (prosthetic heart valve) atau pinggul dan lutut tiruan.  

·        

Melihatkan beberapa contoh di atas, maka adalah sangat penting untuk doktor gigi untuk mengetahui sebanyak mungkin mengenai status kesihatan pesakit yang kini dan yang lalu. Segala butiran ini perlu direkod dan dikemaskini dari masa ke semasa. Jangan malu untuk memberitahu dan jangan merahsiakannya daripada pengetahuan doktor gigi anda. Rahsia’ yang anda simpan ini mungkin boleh mengancam nyawa anda.    

Semua maklumat mengenai status kesihatan akan disimpan dengan baik dan tidak akan dikongsi kepada umum tanpa kebenaran pesakit. Wujud keadaan dimana doktor gigi akan berbincang dengan doktor perubatan  untuk mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan kesihatan anda. Jika keadaan ini diperlukan, doktor gigi akan maklumkan dengan anda terlebih dahulu. 

Seperti yang anda lihat, kesihatan badan dan kesihatan gigi mempunyai perkaitan. Anda dan doktor gigi perlu bersama-sama dalam memberikan rawatan yang terbaik. Jika anda mempunyai sebarang persoalan atau kekeliruan boleh terus bertanya kepada doktor gigi anda untuk penerangan lanjut.

Kesimpulannya, adakah status kesihatan badan dan rawatan pergigian berkaitan penting? Ya, Kebanyakan insiden yang membahaya boleh dielakkan jika doktor gigi anda mengetahui status kesihatan anda dan mengambil langkah berjaga-jaga semasa rawatan dijalankan. Mereka mungkin akan hantar anda ke hospital untuk prosedur yang dijangkakan merbahaya jika dilakukan di klinik.