Q: Batalkah puasa sekiranya menggosok gigi pada siang hari di bulan puasa?

 

            Ulama berselisih pendapat mengenai hukum menggosok gigi atau bersiwak pada siang hari bagi mereka yang berpuasa.

 bersiwak menggunakan miswak(kayu sugi).

bersiwak menggunakan miswak(kayu sugi).

Terdapat sebahagian ulama Syafi'i yang masyhur serta Hambali membenarkan bersiwak bagi seorang yang berpuasa setelah lewat tengah hari, sama ada dengan menggunakan siwak kering atau basah berdasarkan hadis Abu Hurairah daripada Nabi yang bersabda yang bermaksud,

“Demi Tuhan yang Muhammad dalam kekuasaan-Nya, sungguh bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kianat nanti daripada bau minyak kasturi”
— (Riwayat Muslim)
 Memberus gigi dengan berus biasa sama seperti bersiwak sekiranya cara yang betul digunakan.

Memberus gigi dengan berus biasa sama seperti bersiwak sekiranya cara yang betul digunakan.

Namun para ulama Hanafi dan Maliki berpendapat bahawa tidak mengapa bagi seorang yang berpuasa bersiwak di sepanjang siang sama ada sebelum mahupun setelah lewat tengah hari berdasarkan pelbagai hadis tentang keutamaan bersiwak antaranya daripada Abdullah ibn Amir ibn Rabi'ah daripada bapanya,

Ertinya: “Aku pernah melihat Nabi bersiwak beberapa kali hingga tidak dapat kuhitung banyaknya, meskipun saat itu Baginda sedang berpuasa.”
— (Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Jadi, pendapat yang kuat daripada kedua-dua pendapat di atas adalah tidak dibenarkan bagi seorang yang berpuasa bersiwak di sepanjang siang hari bulan Ramadan dengan syarat tidak ada sesuatu daripada air, darah atau seumpamanya tertelan dan masuk ke dalam perut.

 

 

Rujukan: Tanyalah pakar tentang Fiqh Pergigian. Dr Wan Noorina, Dr Nik Salida Suhaila, Dr Wan Abdul Fattah.