SELALU GOSOK GIGI TIDAK SEMESTINYA BAGUS : SATU SANGGAHAN

1)     “Tapi bagi aku, lagi kerap aku gosok gigi, lagi cepat gigi aku rosak. Kerap yang aku maksudkan gosok gigi 2x sehari pagi dan malam”

 

Hujah Balas

a)     Ini tidak benar sama sekali. Secara umumnya gigi rosak/ caries itu berlaku disebabkan plak yang terkumpul di gigi. Plak yang terkumpul ini akan bertindak balas dengan gula seterusnya menghasilkan asid gula. Asid gula inilah yang menyebabkan kaviti itu terbentuk.

b)     Apabila kita faham hakikat ini, secara logiknya dengan memberus gigi ia akan membersihkan plak pada gigi dan akhirnya membantutkan proses gigi berlubang berlaku. Apabila malas berus gigi, banyak plak dan banyaklah gigi yang rosak.

 Plak gigi di sekitar gigi yang mengakibatkan gigi rosak.

Plak gigi di sekitar gigi yang mengakibatkan gigi rosak.

c)     Jika benar gosok gigi mengakibatkan gigi rosak, sudah lama Menteri Kesihatan mengharamkan berus gigi dan ubat gigi di Malaysia.

d)     Ditambahkan lagi dengan saranan agama Islam yang hampir mewajibkan untuk memberus gigi dengan kerapnya.

 

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمَّتِي لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ

 

Sekiranya tak memberatkan umatku sungguh akan aku perintahkan untuk bersiwak setiap kali akan shalat. (Hadis Shahih riwayat Tarrmidzi)

 

 

2)     “Pergi cuci gigi, doktor jumpa lagi 1 gigi rosak. Tapi still aku xda rasa sakit gigi tu. Jadinya, lagi aku rajin gosok gigi, lagi rosak gigi aku”

Hujah Balas

a)     Rajin gosok gigi sahaja tidak memadai bagi memastikan kebersihan mulut pada tahap yang optima. Ia haruslah diikuti dengan teknik pemberusan yang tepat. Salah teknik pemberusan akan menyebabkan beberapa kawasan pada gigi tidak cukup bersih. Akhirnya kaviti tetap juga akan berlaku. Barangkali masalah ini menjadi punca gigi berlubang yang berlaku pada penulis meskipun rajin memberus gigi.

b)     Saya sarankan kepada penulis supaya meminta nasihat kepada dentist yang berkenaan tentang teknik pemberusan gigi yang terbaik dan cara mencegah gigi berlubang.

c)     Andaian semata-mata tanpa bukti yang kuat akan membawa padah.  

 

4317570815_86b6aa80ce_z.jpg

3)     “Rahsia aku jaga gigi walapun xrajin gosok gigi? Aku makan pinang. Ya. Buah pinang yang orang tua tua makan sekali dengan sirih + kapur tu”


Hujah Balas

a)     Pengambilan sirih dan kapur, gambir, buah pinang dan sebagainya mengandungi ‘carcinogen’ yang menjadi risiko berlakunya kanser mulut (59.8%). Ia tiada kene mengena menjadikan gigi lebih kuat, Antara faktor lain menyebabkan kanser mulut seperti merokok (36.10%), minuman beralkohol (35.2%), radiasi, diet dan HPV

b)     Pada tahun 2007, jumlah kes yang dilaporkan adalah seramai 353 orang. Ini bermakna 2 dari setiap 100,000 penduduk Malaysia mendapat kanser mulut.

c)     Di Malaysia kanser mulut merupakan kanser yang ke-21 kerap terjadi, di mana ke -16 pada wanita dan ke-17 pada lelaki.

d)     Sekali lagi ditekankan, andaian semata-mata tanpa bukti yang benar akan membawa padah.

 

Kesimpulan

a)     Rajin memberus gigi adalah amalan mulia dan perlulah dengan teknik yang betul

b)     Buah pinang tidak menguatkan gigi, ia faktor berlakukanya kanser mulut

c)     Digalakkan untuk melakukan pemeriksaan dengan doktor pergigian sekali setahun.

d)     Tanya kepada mereka yang arif dahulu sebelum memegang teguh kepada mana-mana andaian.

 

Rujukan:

1)     http://ohd.moh.gov.my/v3/images/pdf/FLIP%20CHART%20KM.ppt_edited%20Dr%20Faizah%20221112.pdf

2)     www.mutiarahadits.com/58/34/75/siwak.htm

3)     http://www.raysahelian.com/betelnut.html

4)     http://www.dentalhealth.ie/dentalhealth/causes/dentalcaries.html