Bibir Sumbing & Lelangit Rekah- Temubual dengan Dr Siti Mazlipah IsmaiL, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya.

  DR SITI MAZLIPAH Bersama NURHIDAYAH, menyambut kejayaan operasi sumbing bibir.

DR SITI MAZLIPAH Bersama NURHIDAYAH, menyambut kejayaan operasi sumbing bibir.

Baru-baru ini satu sesi temubual telah dijalankan bagi membincangkan isu klef (sumbing) bibir dan lelangit bersama Dr Siti Mazlipah Ismail yang merupakan Ketua Jabatan Pembedahan Mulut dan Maxillofasial, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya.

 Klef (sumbing) bibir dan lelangit merupakan sejenis kecacatan kraniofasial yang lazim dan ia berlaku sejak dari lahir.

 

  Gambar daripada CLAPAM.org.my

Gambar daripada CLAPAM.org.my

Q: Adakah masalah ini kerap berlaku di Malaysia ?

Dr Siti: Ia berlaku satu dalan setiap 600 kelahiran di Malaysia. (1:600)

 

  Gambar daripada Dr Siti Mazlipah

Gambar daripada Dr Siti Mazlipah

Gambar menunjukkan kekurangan nutrisi menyebabkan pembangunan muka akan terjejas akibat gangguan pemindahan sel-sel "neural crest"  

 

Q: Apakah faktor yang menyebabkan kejadian ini berlaku? Adakah disebabkan genetik atau keturunan?

Dr Siti : Ia mempunyai perkaitan yang kuat dengan masalah genetik tetapi ia juga dipengaruhi keadaan sekeliling. Hal sebegini kita namakan ia sebagai ' ‘acquired genetic mutation with environmental influence’

Tambahan lagi, masalah klef ini berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya adalah disebabkan oleh tabiat ibu yang mengandung itu sendiri seperti merokok dan mengambil minuman beralkohol. Selain itu bayi yang dilahirkan akan berisiko tinggi mendapat masalah ini jika terdapat ahli keluarga mengalami kecacatan sebegini berbanding dengan mereka yang tiada.

30% kes adalah sebahagian dari sindrom. 70% lagi disebabkan faktor genetik yang berkaitan dengan pengaruh sekeliling. Oleh kerana kecacatan ini berpunca dari pelbagai faktor, maka ia sukar untuk dicegah secara total.

Faktor risiko yg berpunca dari ibu adalah seperti berikut:

·           Hamil pada usia 40 tahun ke atas

·            Obesiti

·            Tabiat seperti merokok & minum arak

·            Kekurangan nutrisi dan supplimen (contohnya. Folat)

·            Penyalahgunaan dadah.

 

Q: Benarkah ia hanya berpunca dari ibu ?

Dr Siti: Ini tidak benar, seringkali berlaku apabila anak dilahirkan dengan klef, ibu akan dipersalahkan kerana perkara seperti tahyul. Apabila melibatkan faktor genetik, gene klef yang diwarisi kepada anak boleh datang sama ada dari belah ibu atau bapa dalam kadar risiko yang sama. Kita tidak akan tahu dari mana gene ini diwarisi. Gene ini juga tidak terbentuk hanya dalam diri ibu, tapi dalam sesetengah keadaan, ia boleh diturunkan kepada anak dan bercantum dengan gene bapa dan akhirnya menyebabkan masalah klef pada anak tersebut.

 

Gen dari sebelah ibu tidak seharusnya menjadi faktor hanya menyumbang kepada klef.

 

Q: Adakah kita boleh mengesan keadaan klef ini ketika bayi masih dalam kandungan?

A: Pembentukan muka bermula daripada minggu ke 4 hingga kelapan dalam kandungan. Penggunaan ultrasound yang beresolusi tinggi mampu mengesan kecacatan ini pada minggu ke 12 hingga 13 dalam kandungan. Prosedeur ultrasound ini akan dilakukan oleh juruteknik yang terlatih dan kemudiannya akan dianalisa oleh pakar obstetrik jika terdapat tanda-tanda tidak normal seperti klef bibir, jantung berlubang, dan lain-lain. Walaupunbegitu, kedudukan bayi juga mungkin meyebabkan imej kecacatan tersebut tidak jelas untuk dikenal pasti.

   Gambar daripada COMMUNITY.BABYCENTER.COM

Gambar daripada COMMUNITY.BABYCENTER.COM

 

Q: Apakah yang akan dilakukan jika kita mengetahui bayi tersebut mempunyai masalah klef?

A: Setelah dikenal pasti, ibu bapa akan diberi kaunseling untuk membantu mereka membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi tersebut. Mengikut perundangan di Malaysia, perbuatan menggugurkan bayi dengan sengaja adalah dilarang kecuali nyawa bayi/ibu terancam jika kandungan diteruskan.

 

Q: Kita sudah membincangkan punca klef bibir dan lelangit, tetapi apakah sebenarnya yang berlaku di dalam rahim yang mengakibatkan bibir tidak bercantum ?

A: Pembentukan muka sangat kompleks, namun ianya menarik. Muka kita terbentuk melalui percantuman beberapa struktur. Sebagai contoh, dahi dan hidung akan bercantum dengan bahagian atas bibir dari sebelah kiri dan kanan. Kemudian bahagian bawah bibir akan bercantum dengan rahang dari kiri dan kanan. Semua struktur ini akan bertemu ditengah-tengah dan bercantum. Apabila struktur ini gagal bercantum, satu ruang akan terbentuk dan ini dinamakan sebagai klef. Klef bukan hanya terjadi di bibir dan lelangit. Ia boleh juga terjadi di mana-mana garisan percantuman ketika muka terbentuk. Terdapat juga klef terjadi di sepanjang tepi hidung di mana ia juga akan memberi kesan kepada mata. Keadaan ini dinamakan sebagai klef muka. Walabagaimanapun klef muka jarang terjadi berbanding klef bibir dan lelangit.

  Gambar daripada HTTP://FEMTECHNET.DUSHANMILIC.COM/

Gambar daripada HTTP://FEMTECHNET.DUSHANMILIC.COM/

Pembentukan muka terbentuk daripada gabungan beberapa proses.

 

Q: Berapakah jenis klef yang wujud ? Sejauhmanakah tahap keseriusan kecacatan tersebut ?

A: Secara umumnya klef boleh dibahagikan kepada 2 iaitu 'sebelah' dan 'dua belah'. 'Sebelah' bermaksud ia terjadi di satu bahagian (kiri atau kanan) muka sahaja, manakala 'dua belah' terjadi di kedua-dua bahagian (kiri atau kanan) muka. Selain itu, ia juga boleh dikategorikan mengikut tahap keseriusan sama ada ia memberi kesan kepada bibir. Di dalam kes ini ia dinamakan sebagai klef bibir. jika ia memberi kesan bibir dan gusi ia dinamakan sebagai klef bibir dan gusi. Begitu juga jika ia berlaku pada bibir dan lelangit, ia dinamakan sebagai klef bibir dan lelangit. Terdapat juga sesetengah kes di mana klef berlaku pada bibir dan lelangit tetapi tidak pada gusi.

Q: Selain menjejaskan rupa paras, apakah komplikasi lain yang akan berlaku disebabkan oleh klef lip dan lelangit?

A: Pembentukan muka dipengaruhi oleh satu fungsi yang diberi nama "Teori Fungsi Matriks". Apabila bibir dan hidung tidak terbentuk, bahagian rahang atas juga tidak boleh terbentuk. Rentetan itu, gigi tidak boleh tumbuh jika bibir tidak terbentuk secara normal. Oleh itu fungsi yang akan terjejas adalah seperti percakapan dan menelan. Selain itu fungsi pendengaran juga akan terjejas. Hal ini kerana, salah satu fungsi lelangit lembut adalah untuk memberi keseimbangan tekanan didalam telinga. Contohnya apabila anda menaiki tempat yang tinggi, telinga anda akan berdesing. Hal yang sama akan terjadi pada bayi yang tidak dirawat klefnya.

Kesemua masalah ini akan memberi kesan psikologi kepada keluarga bayi tersebut. Oleh yang demikian, selalunya kanak-kanak yang mempunya masalah ini merupakah seorang yang pemalu, pendiam dan mempunyai masalah untuk bersosial dengan kanak-kanak yang lain. Ini sekaligus akan memberi kesan kepada prestasi akademik kaanak-kanak tersebut.

 

   Gambar daripada CLAPAM.org.my

Gambar daripada CLAPAM.org.my

Jenis-jenis bibir dan lelangit.

 

Q: Adakah ia akan mengganggu proses penyusuan ?

A: Benar, bayi tersebut akan mempunyai masalah untuk menyusu daripada botol susu/puting, kerana bayi tidak boleh menghasilkan tekanan yang mencukupi untuk menyedut susu ke mulut.

Oleh yang demikian, bayi yang mempunyai masalah klef ini akan mengambil masa yang lama untuk menyusu dan mengakibatkan kesukaran untuk meningkatkan berat badan. Apa yang menakjubkan adalah menyusu dengan susu ibu tidak memberi masalah dalam hal ini. Bahkan kebanyakan bayi yang mempunyai masalah klef di negara-negara mundur menerima susu ibu. Susu ibu jauh lebih berkhasiat. Walaubagaimanapun, para ibu haru berhati-hati semasa menyusukan bayi untuk mengelakkan kejadian tersedak susu yang boleh menyebabkan kematian. 

Oleh yang demikian, terdapat sesetengah teknik untuk menyusu bergantung kepada tahap keseriusan klef tersebut. Jika anda merasakan bayi anda yang mempunyai kecacatan klef mengambil masa yang lama untuk menyusu, cara lain untuk meyusu mungkin boleh digunapakai seperti disarankan oleh pakar kanak-kanak. Sebagai contoh menggunakan tiub makanan.

 

"Wawancara ini dijalankan oleh Cik Teh Kai Shin & Dr Koh Wen Thong.

Diterjemahkan oleh :

1) Dr Mohd Nazrin bin Mohd Isa (BDS) (USIM)

2) Balqis bt Mohamed Kassim, Pelajar Tahun 5 Perubatan USIM "